Monday, September 15, 2008

kau boleh merajuk.
kau boleh marah, boleh meradang, boleh merajuk sampai jalan jauh-jauh.

aku merajuk, kau cakap aku melebih.
aku marah, kau cakap aku melampau.
aku meradang, kau cakap aku pijak kepala.

baguslah. keadilan yang kau ajar, keadilan yang kau tunjuk.

aku keluar PERGI SEKOLAH, kau kata aku merayap. keluar dengan jantan.

tolong terangkan bagaimana untuk tidak aku marah.

tolong, lah. jangan jadi budak-budak boleh?

aku cuba lupakan, aku cuba ceria, untuk tenangkan hatinya. kau sendiri yang suruh aku cuba gembirakan hatinya. tapi apa yang sedang kau lakukan?

aku seorang remaja. senang merajuk, cepat ambil hati. kau sepatutnya menjadi tiang kekuatan untukku. kau sepatutnya tunjuk bahawa aku tidak patut merajuk. tetapi kau pula yang merajuk.

aku cuba memulihkan keadaan. aku pinta kemaafan. tapi kau tidak pedulikanku. hubunganku dengannya hampir sahaja pulih. aku juga harapkan begitu darimu. namun tidak kesampaian. semua kerana egomu. sudahku pinta keampunan. sepatutnya bukan aku. aku tidak bersalah. aku tahu aku tidak bersalah. dan bukan egoku yang berkata-kata. namun ku tepikan sahaja maruahku. kucuba berbual denganmu. kutepikan sahaja egoku dan memohon maaf dahulu. amat kuharapkan hanya senyuman ikhlas darimu. atau anggukan kepala tanda kau faham dan terima maksudku. namun diendahkan sahaja diriku ini. terasa hancur sekali perasaanku. jangan salahkanku jika aku tidak lagi mendengar kata-katamu. kurasa hilang sudah rasa hormatku. hanya kerana kau tidak mahu menyerah kalah.

terima kasih.. atas segala yang telah kau curahkan hingga hari ini. atas segala yang telah kau korbankan untuk menyuap nasi ke mulutku. itu tidakkan kulupa. hanya aku amat mengharapkan lebih perhatian darimu dan darinya.

i guess i have been and will always be living on my own under your roof. i have always been, am, and will always be independent of you.. thank you very much for the lessons.


love,
EFJ

♥;*~♪~*;♥
1:43 am